Tuesday, June 16, 2009

::Lari Ckit dRi topiK babY..::

aku bz kemas brg2 peribadi aku. termasuklah fail2 kje, nota2 & sgala mcm akta yg berkaitan. Tgh aku kemas2, aku trjmpa la plak koleksi peribadi karya aku terdahulu.(Poyo jek karya!)
Jom layan......


Awak…..
Salam sayang saya hulurkan.
Ingatan dari seorang gadis yang selama ini menjadi tunangan awak,
Sejak hari pertama awak wakilkan ibu awak untuk sarungkan cincin tanda di jari manis saya..
Hingga saat awak minta saya tanggalkan cincin yang sudah mula meninggalkan bekas di jari ini.

Awak..
Saya sedih sangat. Tapi airmata saya tak mampu mengalir depan awak…
Sebab diluar sedar…
sudah acapkali airmata ini berlinang,
Hampir tiap malam sendu saya mengisi sepi yang awak tinggalkan.
Awak tau…
Hati saya tak setabah mana..
Tak tahan juga bila ketulusannya diuji berulang kali..

Saya sedar awak tak macam dulu..
Saya macam tak penting lagi pada awak..
Hati saya bagai disiat-siat,
Pedih sangat…
Bila awak sikitpun tak ingat ulang tahun kelahiran saya..
Usah kata hadiah bermakna,
Malah ucapan tanda ingatan pun tak awak beri pada saya…

Tapi saya sabar..
Saya anggap itu satu dugaan dalam hubungan kita,
Mungkin awak sibuk.
Tapi hati saya sering juga menyangkal anggapan itu..
Sibuk sangat ke awak??????

Awak…
Maafkan saya kalau saya gagal menjadi wanita terbaik untuk awak.
Cuma saya terkilan…
Kenapa baru hari ini…
Bukan saat awak bisik janji setia pada saya dulu,
Atau waktu awak berlutut untuk melamar saya dulu….

Ingatlah awak…
Cinta buat kita mahu terus hidup.
Kerana dengan cinta kita akan jadi tabah…
Mengenal erti kasih,
Mengasuh rasa sayang,
Mencuba untuk setia,
Sekalipun terkadang di hujung cinta…
Ia mengajar kita untuk menelan pahit sebuah perpisahan………………………………



Sebenarnya puisi ni utk satu projek cerpen aku yg spatutnya dh lama siap. Tp akibt trlalu bz ngn mjlis kwen, pregnant, baby, at last trtangguh. i'allh akn diusahakn nant.. caiyok2!!

0 comments:

Post a Comment